Tuesday 19 January 2016

Mahasiswa Lapar : Ada yang menjual diri ?

PKR Youth says the number of students prostituting themselves to help deal with educational expenses may be surprising. 
Fahmi Zainol
PETALING JAYA: Some students in dire straits have resorted to “selling” themselves in order to support their expenses while studying in institutions of higher education, PKR Youth has claimed.
Urging the government to stop making light of the plight faced by some university students, its student bureau chief Fahmi Zainol said many cash-strapped students had been forced into prostitution just to make ends meet, with many staying trapped in the industry for a long time.
In a statement issued today, Fahmi said he got to know of such practices during his time as a University Malaya (UM) student leader.
“The number may seem small if we look at only one university, but if we take into account all the other higher education institutions, the number may surprise us.
“There is a drastic need for the Federal Government to solve this as soon as possible,” he said, adding university authorities and non-governmental organisations must cooperate fully with each other to make a difference in these students’ lives.
The plight of “starving” students created a stir following media reports that many public university students could only afford to spend between RM1.50 and RM5 a day on food. Reports also claimed that this was prevalent among some 26,000 students in such institutions, who did not have enough money to even grab a simple meal.
The Higher Education Ministry has vowed to look into the matter.

Mahasiswa Lapar : Menteri Tahu Apa

Fahmi-ZainolPETALING JAYA: Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM) menyindir menteri Kabinet yang menyarankan pelajar universiti bekerja untuk menampung kehidupan.
Fahmi Zainol berkata, saranan menteri Kabinet itu adalah tidak masuk akal berbanding teguran yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, yang mengatakan tugas mahasiswa adalah untuk belajar sahaja.
“Dahulu apabila mahasiswa berdemonstrasi, dikatakan tugas mahasiswa hanya untuk belajar. Sekarang? Suruh bekerja? Kenapa tak cakap peranan mahasiswa hanya fokus belajar dan mana boleh bekerja?
“Dilema mahasiswa sekarang ini, kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab asas mereka iaitu menyediakan pendidikan, kebajikan, keselamatan dan kesihatan buat rakyat. Akhirnya mahasiswa dipersalahkan,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, semalam.
Fahmi berkata, menteri Kabinet bersikap tidak adil terhadap pelajar universiti termasuk yang menerima biasiswa.
Katanya, biasiswa seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah naik sejak 10 tahun lalu sedangkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen menerima kenaikan baru-baru ini.

Mahasiwa Lapar : KJ tak tahu apa-apa

Bekas mahasiswa Fahmi Zainol mendakwa bahawa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak tahu bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar yang kelaparan kerana dia dilahirkan dalam golongan 'bangsawan'.
"Sebenarnya Khairy tidak tahu apa-apa. Sejak beliau lahir terus berada dalam golongan "bangsawan", kahwin pula dengan anak Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi).
"Beliau tidak pernah meminjam duit sewaktu belajar dahulu," kata Fahmi (foto) yang juga ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan semalam.
Bekas pemimpin majlis pelajar di Universiti Malaya itu mengulas kenyataan Khairy bahawa walaupun terdapat pelajar yang susah namun menteri itu berpendapat tidak ada kes pelajar yang kebuluran.
Walaupun Fahmi bersetuju bahawa tidak semua mahasiswa kebuluran, tetapi menurutnya, majoritinya kelaparan dan memerlukan bantuan.
Oleh itu, katanya, Khairy sebagai seorang menteri, sepatutnya sekurang-kurangnya melahirkan perasaan simpati terhadap apa yang berlaku pada mahasiswa dan bukannya menutup isu itu.
Fahmi mencabar Khairy: "Jika beliau berani, cubalah beliau menjadi mahasiswa Malaysia tahun 2016. Pinjam duit PTPTN, dan jangan dapatkan bantuan duit dari keluarga mahupun kroni."

Mahsiswa Manja? Atau Menteri Manja?

Hahaha, kena kat dia. Tengok, bila ada mahasiswa lapar, dikatakan manja? Inilah taraf layanan yang disajikan buat mahasiswa oleh Kerajaan. Mai jadi mahasiswa Malaysia 2016, baru kenal erti lapar. Korang menteri tak apa lah, makan sampai perut pecah. Mana pernah rasa lapar.

Aku bagi analogi mudah saja, biasiswa JPA hampir 10 tahun tak pernah naik-naik, tapi harga teh ais , nasi lemak, teh oh ais dan maggi naik dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pun gaji ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri naik. Malah belanjawan pendidikan 2016 pula dipotong? Dimana kesaksamaannya?

Dulu bila mahasiswa berdemonstarsi, dikatakan tugas mahasiswa hanya untuk belajar, sekarang ? Suruh bekerja? Kenapa tak cakap peranan mahasiswa hanya fokus belajar, dan mana boleh bekerja?

Dilema mahasiswa sekarang ini, kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab asas mereka iaitu menyediakan pendidikn, kebajikan, keselamatan dan kesihatan buat rakyat. Akhirnya mahasiswa dipersalahkan.

Mahasiswa dah la sekarang ini terkejar-kejar cari merit nak duduk kolej, nak tambah markah kokurikulum, perlukan "nilai tambah" dalam sijil apabila keluar bekerja nanti. Dalam masa sama Menteri dan Timbalan Menteri suruh "budak-budak" ni bekerja. Hahaha

Jika makan berpinggan emas,
Masakan tahu erti makan bersulam garam?

Aku ini harus bagaimana, atau kau ini bagaimana?

Tuesday 24 June 2014

MAHASISWA DAN ANAK MUDA MALAYSIA GEN Y MINDA KELAS 3 VS TUN MAHATHIR (WAWASAN 2020)

Menurut Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din, mentaliti kelas ketiga ditakrifkan sebagai kegagalan menggunakan kuasa berfikir sebenar ke tahap maksimum, seimbang dengan kedudukan pemikiran masyarakat yang boleh dianggap maju dan bertamadun.Ini merangkumi tiga perkara iaitu aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang apabila dicantum kesemuanya menunjukkan prestasi moral dan tingkah laku yang rendah.

Pernahkah anda ketika memandu melihat sampah terbang keluar dari kereta di hadapan atau ketika lalu di bawah kawasan rumah flat tiba-tiba kelihatan bungkusan sampah dicampak dari atas? Lihat sahaja kenderaan melanggar peraturan lampu isyarat, berhenti di petak kuning, pemandu yang sihat menguasai lot letak kereta yang disedia khas untuk pemandu kurang upaya, dan senarai tabiat buruk kebanyakan rakyat Malaysia itu tetap berterusan.
Selepas melakukan semua perilaku yang menyakitkan hati itu, rakyat Malaysia yang berkenaan masih mampu menyalahkan orang lain. Ia seolah-olah bukan masalah mereka sebaliknya masalah orang lain.Keadaan kotor di kawasan tertentu dipersalahkan kepada pihak berkuasa tempatan. Jenayah di kawasan kejiranan dipersalahkan kepada polis. Tandas awam yang kotor dipersalahkan kepada pemilik premis dan begitulah kesalahan terus ditujukan kepada pihak lain.

Sikap mementingkan diri dengan pendekatan 'tidak apa' terhadap kebersihan awam meningkatkan 'budaya pengotor' dalam kalangan masyarakat.Lihat sahaja di taman-taman rekreasi, di tepi jalan, di dalam longkang, di dalam tandas awam mahupun di dalam lif, ada sahaja sampah, daripada sekecil-kecil puntung rokok, plastik bungkusan gula-gula, hingga yang lebih besar seperti polisterin, plastik barang dan tidak ketinggalan lampin pakai buang bayi. 

Contoh yang terdekat ialah berkenaan kes adik Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang dikurung oleh ibunya. Kita boleh lihat berapa ramai masyarakat kita hanya pandai mengomel dan menyalahkan pihak itu, pihak ini. Tetapi persoalanya apa tindakan kita untuk membantu keluarga ini? Contoh paling kelakar beberapa hari lepas, Negara digemparkan kes masyarakat berebut dan berlaku kekecohan setelah borang rancangan realiti TV iaitu AF sudah habis. Contoh yang menakutkan ialah sekumpulan masyarakat yang menggelarkan diri mereka PERKASA mengacam untuk memancung “kepala”. Ini jelas menggambarkan mentaliti kelas ketiga yang masih diamalkan kebanyakan masyarakat Malaysia.
Jika hujah-hujah diatas menggambarkan seluruh masyarakat Malaysia, tetapi saya lebih berminat mengupas dari konteks mahasiswa dan anak muda Malaysia dalam menghadapi Wawasan 2020. Berikut merupakan keadaan sebenar mahasiswa dan anak muda Malaysia.

Mahasiswa dan Anak Muda banyak mengelamun

Percaya atau tidak, masih ramai mahasiswa di Malaysia membaca komik kartun( Naruto,dll)  , novel-novel (cinta/jiwang) tidak kurang juga yang suka layan cerita-cerita Korea (Running Man dll) seolah-olah mereka berada di korea atau merasakan mamat korea tersebut milik mereka. Ada betul juga, alam fantasi ini boleh membantu dapatkan idea, tetapi betulkah dengan adanya naruto, mamat korea ini boleh bantu anda untuk memimpin Negara suatu hari nanti. Tidak salah untuk sekali-sekala untuk kita lepaskan tekanan dan mengisi masa lapang, tetapi hakikatnya inilah realiti mahasiswa khususnya menjadikan amalan diatas sebagai rutin harian atau bulanan mereka. Jika itu mahasiswa, gelagat anak muda yang di luar Universiti tidak kurang hebatnya, mana tidaknya, jika anda menpunyai masa yang lebih singgah-singgahlah melawat page “facebook” KHK. Disitu banyak merungkai sikap anak muda sebenarnya, itu di laman sosial dan kes yang kita tahu, bagaimana pula kes yang kita tidak tahu? Anda mampu melihat gelagat-gelagat anak muda sendiri dengan mata anda, jika ada kesempatan malam minggu singgahlah ke tempat-tempat yang hangat di Kuala Lumpur ini terutamanya di Dataran Merdeka, di Bukit Ampang, Pavilion, Tidak kurang juga di Kelab-Kelab malam di KL, ZOOK terutamanya. Rata-ratanya berumur 15- 29 tahun, ada yang masih muda, tetapi hanyut dengan syurga dunia.

Mahasiswa dan Anak Muda hanya pandai jaga kain mereka sahaja

Tidak dinafikan mahasiswa Malaysia cakna isu-isu Negara dan luar Negara, dengan adanya Solidariti Mahasiswa Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Gabungan Mahasiswa Se Malaysia, Gerakan Mahasiswa Mansuh Auku / Akta 174, 1M4U, Aspirasi, Pro Mahasiswa, LMP, AKSI, GAMUS Uitm, Pembina, PKPIM, KAMI, GPMS Tetapi mendukacitakan yang aktif dan cakna hanya segelintir mahasiswa sahaja, mungkin boleh buat bacaan hanya 10 % sahaja mahasiswa di Malaysia cakna berkenaan hal-hal Negara dan masyarakat Malaysia. Tahniah, tetapi itu tidak ditapis lagi, dari 10 % berapa yang membaca buku-buku ilmiah setiap bulan sekurang-kurangnya sebuah, dari kalangan yang membaca itu berapa banyak mahasiswa yang menilai secara mendalam tanpa telan sebegitu sahaja, dari kalangan yang menilai itu berapa banyak yang mengaplikasikan apa yang mereka belajar dan nilai dalam memberi penerangan kepada masyarakat seperti menulis dan sebagainya. Akhirnya tinggallah 3 atau 4 % yang betul-betul berkualiti yang menjadi harapan Negara, itu pun kalau pihak kerajaan pandang, jika tidak bungkus jawabnya. Nak tahu 90 % lagi buat apa? Nah, ini jawapannya, lagi 90 % mereka makan, tidur dan lepak dan ada yang ke kuliah, ada pula yang tidak ke kuliah. Hujung minggu ke pasaraya, jalan-jalan berpegang tangan dengan pasangan pilihan hati, wayang, bowling, membeli-belah, bersiar-siar menjadi pilihan mereka. Tidak kurang juga yang ke pasar malam, pasar pagi, pasar petang, pasar borong, jika di rumah apabila di minta oleh orang tua, tidak mahu pergi pula. Tidak usaha bertanya mengenai nasib rakyat Palestin atau Mesir, mahupun Negara kita sendiri, mereka tidak tahu, cuba tanya nasib kekasih hati mereka, itu mereka pandai. Dalam pemikiranya ialah lulus peperiksaan, dapatkan kerja( gaji nak tinggi-tinggi) beli kereta, beli rumah, kahwin dan “buat anak”. Lebih malang lagi yang terlibat dengan dadah, jenayah, “romen-romen” dan sebagainya. Itu kisah mahasiswa, kisah anak muda luar universiti lagi parah, Contoh paling kelakar beberapa hari lepas, Negara digemparkan kisah anak muda berebut dan berlaku kekecohan setelah borang rancangan realiti TV iaitu AF sudah habis. Ditambah pula dengan penambahan mat-mat rempit di jalanan, pengisap gam di rumah-rumah kosong pencuri motorsikal di flat-flat dan kawasan perumahan, pengedar dadah di merata tempat, ayam dan itik di kelab-kelab malam mahupun di tepi jalan dan sebagainya. Meraka inilah pelapis harapan Negara menjelang tahun 2020. Oh tidak.

Kesimpulannya

Wawasan 2020 yang digariskan oleh Tun Mahathir  pada 28 Februari 1991  dengan digariskan 9 cabaran yang perlu dihadapi sangat baik dan idea ini keterhadapan, saya mengaguminya. Kini berbaki tidak kurang 6 tahun baki untuk mencapai wawasan 2020 dengan keadaan realiti sekarang, saya berpendapat bahawa, Tun Mahathir perlu menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk turun ke lapangan bagi membantu anak muda khususnya dengan idea-idea yang bernas beliau jika beliau ikhlas dalam menggapai wawasan 2020 ini. Kurangkan untuk kritik mana-mana pihak, tetapi perlu memberi tumpuan kepada masa yang berbaki ini. 

Sunday 22 June 2014

SURAT TERBUKA BUAT DATIN ROSMAH MANSOR/MAMA


Saya terpanggil untuk menulis sepucuk surat buat MAMA, setelah membaca khabar berkenaan ucapan MAMA di Majlis Anugerah Nadi Negara 2013 Wanita Umno di ibu negara semalam menyentuh berkenaan mahasiswa. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih buat MAMA, atas keperihatinan MAMA berkenaan anak-anak MAMA sendiri iaitu mahasiswa sendiri. Memetik ucapan semalam, beberapa perkara yang MAMA telah menegur dan kemukan pandangan MAMA kepada anak-anak MAMA antaranya menasihatkan golongan mahasiswa supaya memproses maklumat yang diperoleh di alam maya dengan bijak dan tidak hanya mempercayainya tanpa membuat semakan dan kajian, dalam pelajaran di universiti, mahasiswa dididik untuk berfikir secara kritis dan rasional selain tidak hanya menggunakan pemikiran logik tetapi membuat semakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat. Selain dari itu, MAMA ada juga mengemukakan harapan MAMA kepada mahasiswa "iaitu berharap agar kaedah tersebut tidak hanya digunakan di peringkat universiti sahaja tetapi diaplikasikan dalam proses pencarian ilmu di  Internet mahupun ketika membaca bahan-bahan di media sosial serta laman web. "Jika bertindak melulu dan membantu menabur fitnah merata-rata, harus ingat perbuatan tersebut akan membinasakan masa depan anda sendiri dan memperjudikan negara kita kelak,"


Tambah MAMA lagi, masyarakat tidak boleh menyalahkan segelintir kecil mahasiswa yang bertindak mengikut perasaan dan secara terburu-buru tanpa memahami keadaan sebenar. Ini mungkin kerana mereka (mahasiswa) tidak mendapat gambaran sebenar mengenai usaha dan peranan kerajaan dalam membangunkan negara,". Dalam ucapan tersebut, juga MAMA menyentuh berkenaan GST dimana MAMA turut menasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST)."Saya dengar golongan pelajar kini tidak membaca surat khabar (arus perdana) kerana mendakwa surat khabar berat sebelah. Bacalah, Kita kena tahu benda yang betul (melalui media arus perdana),".
Disini saya mengambil peluang untuk respon berkenaan ucapan MAMA, memandangkan masih belum ada mahasiswa respon berkenaan ucapan MAMA. Disini beberapa perkara yang saya mahu kemukan,

MAMA perlu menjadi Wanita/MAMA untuk semua mahasiswa, semua masyarakat Malaysia tidak kira agama dan bangsa di Malaysia.

Saya sedikit terkilan, mama hanya berperanan sebagai wanita UMNO/BN sahaja, sepatutnya MAMA perlu berusaha untuk menjadi Wanita Malaysia yang melambangkan wanita pertama Malaysia di mata dunia, sentiasa bersikap adil kepada semua rakyat serta mahasiswa. Perkara ini termasuklah menjaga identiti sebagai wanita islam pertama Malaysia, menutup aurat, menjadi idola semua wanita islam di mata dunia. Tidak perlu menjadi seorang Ustazah, tetapi cukup sekadar menjaga baik nama Islam dimata masyarakat lain. Saya mengambil contoh mudah, iaitu berkenaan majlis semalam, majlis ini hanya meraikan wanita UMNO/BN serta mahasiswa yang pro kepada kerajaan sahaja. Untuk pengetauhan MAMA, saya adalah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, merangkap Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), persoalannya kenapa saya tidak dijemput ke majlis semalam? Sedangkan MAMA pun mengetauhi bahawa Universiti Malaya merupakan Universiti terbaik di Malaysia, sedangkan rakan YDP kampus lain seperti kampus USM, UPMN serta UITM dijemput, jika dilihat kampus-kampus seperi USM, UITM dan UPMN jauh ketinggalan di belakangan UM. Bukan mempersoalkan berkenaan status rangking, tetapi jelas disitu sesetengah kami ini dipinggirkan. Tidak dinafikan, MAMA banyak berusaha melakukan yang terbaik dalam menjadi wanita pertama Malaysia dengan melakukan pelbagai aktiviti, antaranya ialah Program Permata. Usaha itu saya sangat hargai, buanglah sentimen parti, terus berusaha membawa negara ke arah yang lebih baik, kurangkan sumbangan kepada kroni, tetapi lebih kepada rakyat Malaysia. Mahasiswa semakin bijak menilai.

Mahasiswa sentiasa bijak menilai

Buat pengetauhan MAMA sendiri, mahasiswa di Malaysia semakin bijak menilai dalam sesuatu isu dan maklumat yang disalurkan. Apatah lagi mahasiswa di luar negara. Tidak dinafikan masih ada mahasiswa yang hanya menilai menerusi satu sumber sahaja, tetapi hakikatnya jumlah ini hanya kecil berbanding mahasiswa yang menilai maklumat dengan sebaik mungkin. MAMA tidak boleh menyalahkan media masa yang sedia ada seperti “Malaysiakini”, “Malaysia Insider”, “Free Malaysian Today”, “Rakyat Post’ dan sebagainya. Media ini berperanan untuk mencari “rating” mereka dalam menyiarkan berita, oleh itu berita ini sentiasa mencari tajuk yang kontroversi dan hangat. Berbeza pula media masa pihak pembangkang iaitu “Harakah Daily”, “Selangorku”, “Keadilan Daily”, media ini adalah lidah rasmi pihak pembangkang. Tetapi media kerajaan perlu menjadi media kepada masyarakat Malaysia bukanya menjadi lidah rasmi sesetengah Parti, umpamanya TV3,TV2,TV1, Utusan Melayu, Berita Harian dan lain-lain. Barulah mahasiswa sentiasa bersama media arus perdana, jika peranan media kerajaan menjadi lidah rasmi sesetengah parti politik sehinggakan boleh digelar TV3 suku, Utusan Meloya serta Berita Hairan, bagaimana kami nak bersama media arus perdana, buka saja TV3 hanya berita berkenaan UMNO/BN serta mencari kesalahan dan aib negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, seolah-olah Malaysia hanya mempunyai 3 negeri ini sahaja. Jika sebaiknya parti UMNO/BN ini mempunyai lidah rasmi sendiri mereka sendiri, dan bebaskanlah TV3 suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan ini. Kesian saya melihatnya yang sentiasa menjadi mangsa sesetengah pihak. Untuk pengetauhan MAMA, saya sendiri membelek media-media yang ada setiap hari dari Utusan Meloya, Berita Hairan, Harian Metro, Malaysiakini, Bernama,Keadilan Daily dan banyak lagi untuk membandingkan sesuatu maklumat yang disampaikan. Jika dahulu sering ditipu dengan propaganda berita TV3 suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan. Kini sumber internet semakin meluas malah kini anak muda mesra dengan internet, sukar untuk kami tertipu lagi, “Mr Google” sentiasa bersama dalam merungkai masalah penipuan ini. Saya sendiri memuji usaha MAMA yang mempergiatkan program PERMATA, yang sering disiarkan dalam media kerjaan. Bagi saya secara peribadi, program PERMATA ini sangat memberi kesan yang positif kepada anak-anak kecil dan saya menyokong 100 % program ini demi kebaikan bersama. Lihat? Jika perkara itu baik, kami mahasiswa akan menyokong.

GST dan Pembangkang

Tidak dinafikan GST mempunyai Pro dan Kontranya. Secara peribadinya, saya sudah hadir seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh kerajaan sendiri. Malah ada juga saya membuat penelitian fakta dan hujah yang diberikan oleh pembangkang berkenaan GST ini. Selain itu, beberapa buku saya telah baca berkenaan GST ini, antaranya buku karya Dr Choong Kwai Fatt yang merupakan pakar cukai yang unggul dan terkenal di Malaysia. Beliau juga dikenali dalam penyelidikan dan pengarangan buku. Buku-buku percukaian dan jurnal-jurnal yang dikarang oleh beliau luas digunakan oleh kebanyakkan universiti, badan profesional dan akauntan. Secara peribadinya impak GST ini banyak memberi kesan positif berbanding negatif. Tetapi apa yang membuat saya kuatir ialah, hasil pungutan GST itu akan dibawa kemana? Ke kroni? atau rakyat? Saya sudah serik mengenai kisah “KONDOMINIUM”, kisah “Mantan Menteri Besar Selangor” dan sebagainya. Disebabkan itu, saya bantah GST ini, bukannya melulu membantah mengikut pembangkang. Mahasiswa ini bukan macai pembangkang. Mereka mempunyai ideanya sendiri dan sering lain dari yang lain bagi memastikan negara ini aman dari kepentingan mana-mana pihak.

Kesimpulannya, secara peribadinya, tujuan saya untuk menyatakan pendapat ini kepada MAMA bukanlah untuk menjatuhkan imej MAMA, ataupun ada unsur-unsur negatif. Tetapi pendapat ini merupakan teguran kasih sayang sebagai rakyat Malaysia dan mahasiswa kepada Datin Rosmah Mansor yang dianggap MAMA. Ketepikan kepentingan peribadi atau sesetengah pihak saja, perbaiki kelemahan yang ada demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta setimpal dengan situasi negara kita sekarang. Saya yakin Malaysia mampu jauh kehadapan jika mempunyai pemimpin yang berwibawa, telus, dan bersih.

Boleh lihat penulisan saya di Malaysia Insider

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-datin-seri-rosmah-mansor-fahmi-zainol


Fahmi Zainol 

Thursday 12 June 2014

MAHASISWA ERA DODOL/ DONUT BAHAGIAN III

Bahagian 3 ini, penulis cuba membawa pembaca bersama membayangkan suasana sebagai seorang mahasiswa yang menuntut di mana-mana UNSW, University Of Monash, Kyungpook National University. Cuba anda bayangkan anda kini berada di mana-mana Universiti yang telah saya kemukakan di atas. Di sana anda tidak terikat dengan undang-undang yang bersifat mempertahankan Universiti dan Kerajaan. Dari aspek pemerhatian, lawatan dan maklumat yang diperoleh dari pegawai Universiti disana, tiada undang-undang yang dikata mempertahankan Universiti dan Kerajaan. Apa yang menarik disana, kebebasan diberikan kepada mahasiswa, Hal Ehwal Pelajar turut ada disana, tapi bukanlah bertujuan untuk mempertahankan pihak Universiti dan Kerajaan walaupun pihak ini bertindak tidak sepatutnya. Kesan daripada tiada pengenalan undang-undang sebegitu rupa, mahasiswa disana membangun secara matang dan sihat, tidak seperti di Malaysia, membangun bersama donut dan dodol. Misalnya di University Of Monash, mahasiswanya diberikan kebebasan untuk bersuara, malah pihak Universiti memberikan ruang khas/bilik untuk mana-mana pihak atau persatuan mahasiswa untuk kemukakan idea atau perasaan tidak puas hati mereka terhadap Universiti dan Kerajaan. Sebuah bilik diperuntukkan kepada mereka. Bilik tersebut diberi nama "Bilik Aktivis". Sebarang bentuk aktiviti yang ingin dijalankan oleh aktivis mahasiswa disana, bilik tersebut menjadi lokasi utama buat mereka. Pelbagai "poster" yang menunjukkan luahan dan ditampal dalam bilik tersebut. Antara luahan mahasiswa disana ialah "Free Food For Student" dan lain-lain. Secara tidak langsung, mahasiswa disana boleh menilai mana perkara yang dibawa oleh aktivis betul ataupun hanya mahu mencari populariti. Jika ada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan ingin mencetuskan huru-hara, mahasiswa lain mampu menilai secara logik akal. Ruang untuk bersuara sudah diberikan dan didengari, jika masih berlaku huru-hara, mungkin terdapat masalah pada pelajar tersebut. 


Kita beralih pula di University News Of Wales (UNSW). Jika di Universiti ini saya sempat bersemuka dengan wakil pelajar disana. Mereka diberikan kebebasan berpersatuan, bebas untuk memiliki wang persatuan yang diperuntukkan.Secara realitinya mereka disana boleh dikatakan hak mereka terjamin. Dalam Pilihanraya Kampus mereka juga, pengaruh parti politik luar dibenarkan untuk membawa pengaruh mereka dan secara langsung meletakkan calon pelajar bagi mewakili parti tersebut dalam kampus. Jika di Malaysia? Anda sendiri mampu menilainya. Tetapi apa yang menarik disini ialah pelajar yang mewakili parti politik tersebut setiap tahun akan kalah, malah mendapat undian paling rendah, paling kelakar, wakil pelajar yang mewakili parti politik dalam kampus adalah dari kalangan pelajar yang “skema”, segalanya kekurangan ada pada dirinya, tetapi pelajar yang sangat berpengaruh dan hebat tidak akan mewakili parti politik dalam kampus sewaktu bertanding dalam PRK, bertanding atas tiket mahasiswa sendiri. Secara langsung kita dapat melihat bahawa mahasiswa disana tidak memandang kehadiran parti politik dalam kampus. Mahasiswa tidak mudah terpengaruh dengan parti politik, dan hampir 90% mahasiswa disana tidak mempedulikan parti politik dalam kampus. Program-program anjuran parti politik dalam kampus tidak pernah dapat sambutan yang hangat dari kalangan mahasiswa. Malah program yang dianjurkan oleh mahasiswa sendiri menjadi pilihan ramai.



Ini kesannya jika tiada Undang-Undang yang menjaga Universiti dan Kerajaan walaupun tindakan mereka salah. Mahasiswa lebih bijak dan matang. Mereka boleh menilai yang mana baik dan buruk buat mereka. Pihak Kerajaan dan Universiti tidak perlu risau, jika tindakan mereka tepat dan betul , pihak mahasiswa akan sentiasa bersama anda, bukan 100 %, tetapi sekurang-kurangnya majoriti mahasiswa akan memilih anda, oleh kerana masih terdapat mahasiswa yang pro pada parti politik tidak kira pembangkang atau kerajaan. Namun sayang, pihak Kerajaan dan Universiti tidak bertindak sedemikian, malah lebih teruk dalam melayan mahasiswa. Kesannya, anda mampu menjangkakan. Mungkin mahasiswa sekarang ramai dari kalangan mereka yang hanya menerima sahaja keputusan yang tidak adil pada mahasiswa tetapi dalam masa sama mereka tidak bersetuju. Tetapi selepas zaman kampus, mereka akan menentang pihak yang bertindak zalim pada mereka dahulu. Sebagai contoh, MP Bukit Mertajam, dahulunya merupakan MPPUM (Aspirasi), kini berada disebelah pihak pembangkang, bukan beliau seorang sahaja, namun ramai lagi.


Mungkin tindakan Tun Mahathir nampak licik dalam masa terdekat sahaja, mungkin beliau lupa pada perjalanan UMNO/BN yang masih panjang dan kini boleh dianggap “Telur di Hujung Tanduk”. Saya bukannya bersikap bias, namun AUKU dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pusat iaitu UMNO/BN. Mungkin ramai yang tertanya jika AUKU dimansuhkan, apa yang patut digantikan? Jawapannya sudah dikemukan oleh mahasiswa sendiri. Jika kita lihat sejarah gerakan mahasiswa, mereka sudah membentangkan solusi ini, contohnya pada tahun 2008, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengemukakan “MAGNA CARTA” untuk menggantikan AUKU. Selepas itu pada tahun 2013 SMM sekali lagi membentangkan idea baru mereka iaitu Akta Pengajian Tinggi Malaysia, draft ini dibuat dengan menggabungkan Deklarasi Darus Salam mengenai kebebasan akademik dan tanggungjawab ahli akademik dengan Magna Carta.

Di peringkat mahasiswa, bukanlah meminta sebebas-bebasnya dalam dunia kampus, tetapi cukup sekadar memastikan hak mahasiswa itu sendiri diperolehi, bukannya menyekat. Cerita dan suasana di luar negara ada yang kita mampu serapkan dan ada yang tidak boleh. Kita seharusnya tapis dahulu atas beberapa faktor, antaranya ialah tidak sesuai dengan nilai dan moral di Malaysia. 

Insyallah menerusi penulisan seterusnya, saya mungkin senaraikan beberapa kes mahasiswa yang dikenakan tindakan AUKU supaya anda boleh menilainya sendiri.