Menurut Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din,
mentaliti kelas ketiga ditakrifkan sebagai kegagalan menggunakan kuasa berfikir
sebenar ke tahap maksimum, seimbang dengan kedudukan pemikiran masyarakat yang
boleh dianggap maju dan bertamadun.Ini merangkumi tiga perkara iaitu aspek
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang apabila dicantum kesemuanya menunjukkan
prestasi moral dan tingkah laku yang rendah.
Pernahkah
anda ketika memandu melihat sampah terbang keluar dari kereta di hadapan atau
ketika lalu di bawah kawasan rumah flat tiba-tiba kelihatan bungkusan sampah
dicampak dari atas? Lihat sahaja kenderaan melanggar peraturan lampu
isyarat, berhenti di petak kuning, pemandu yang sihat menguasai lot letak
kereta yang disedia khas untuk pemandu kurang upaya, dan senarai tabiat buruk
kebanyakan rakyat Malaysia itu tetap berterusan.
Selepas melakukan semua perilaku yang
menyakitkan hati itu, rakyat Malaysia yang berkenaan masih mampu menyalahkan
orang lain. Ia seolah-olah bukan masalah mereka sebaliknya masalah orang lain.Keadaan
kotor di kawasan tertentu dipersalahkan kepada pihak berkuasa tempatan. Jenayah
di kawasan kejiranan dipersalahkan kepada polis. Tandas awam yang kotor
dipersalahkan kepada pemilik premis dan begitulah kesalahan terus ditujukan
kepada pihak lain.Sikap mementingkan diri dengan pendekatan 'tidak apa' terhadap kebersihan awam meningkatkan 'budaya pengotor' dalam kalangan masyarakat.Lihat sahaja di taman-taman rekreasi, di tepi jalan, di dalam longkang, di dalam tandas awam mahupun di dalam lif, ada sahaja sampah, daripada sekecil-kecil puntung rokok, plastik bungkusan gula-gula, hingga yang lebih besar seperti polisterin, plastik barang dan tidak ketinggalan lampin pakai buang bayi.
Contoh yang terdekat ialah berkenaan kes adik Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang dikurung oleh ibunya. Kita boleh lihat berapa ramai masyarakat kita hanya pandai mengomel dan menyalahkan pihak itu, pihak ini. Tetapi persoalanya apa tindakan kita untuk membantu keluarga ini? Contoh paling kelakar beberapa hari lepas, Negara digemparkan kes masyarakat berebut dan berlaku kekecohan setelah borang rancangan realiti TV iaitu AF sudah habis. Contoh yang menakutkan ialah sekumpulan masyarakat yang menggelarkan diri mereka PERKASA mengacam untuk memancung “kepala”. Ini jelas menggambarkan mentaliti kelas ketiga yang masih diamalkan kebanyakan masyarakat Malaysia.
Jika
hujah-hujah diatas menggambarkan seluruh masyarakat Malaysia, tetapi saya lebih
berminat mengupas dari konteks mahasiswa dan anak muda Malaysia dalam
menghadapi Wawasan 2020. Berikut merupakan keadaan sebenar mahasiswa dan anak
muda Malaysia.
Mahasiswa dan Anak Muda banyak mengelamun
Mahasiswa dan Anak Muda banyak mengelamun
Percaya atau
tidak, masih ramai mahasiswa di Malaysia membaca komik kartun( Naruto,dll) , novel-novel (cinta/jiwang) tidak kurang juga
yang suka layan cerita-cerita Korea (Running Man dll) seolah-olah mereka berada
di korea atau merasakan mamat korea tersebut milik mereka. Ada betul juga, alam
fantasi ini boleh membantu dapatkan idea, tetapi betulkah dengan adanya naruto,
mamat korea ini boleh bantu anda untuk memimpin Negara suatu hari nanti. Tidak
salah untuk sekali-sekala untuk kita lepaskan tekanan dan mengisi masa lapang,
tetapi hakikatnya inilah realiti mahasiswa khususnya menjadikan amalan diatas
sebagai rutin harian atau bulanan mereka. Jika itu mahasiswa, gelagat anak muda
yang di luar Universiti tidak kurang hebatnya, mana tidaknya, jika anda
menpunyai masa yang lebih singgah-singgahlah melawat page “facebook” KHK.
Disitu banyak merungkai sikap anak muda sebenarnya, itu di laman sosial dan kes
yang kita tahu, bagaimana pula kes yang kita tidak tahu? Anda mampu melihat
gelagat-gelagat anak muda sendiri dengan mata anda, jika ada kesempatan malam
minggu singgahlah ke tempat-tempat yang hangat di Kuala Lumpur ini terutamanya
di Dataran Merdeka, di Bukit Ampang, Pavilion, Tidak kurang juga di Kelab-Kelab
malam di KL, ZOOK terutamanya. Rata-ratanya berumur 15- 29 tahun, ada yang
masih muda, tetapi hanyut dengan syurga dunia.
Mahasiswa dan Anak Muda hanya pandai jaga kain mereka sahaja
Mahasiswa dan Anak Muda hanya pandai jaga kain mereka sahaja
Tidak dinafikan
mahasiswa Malaysia cakna isu-isu Negara dan luar Negara, dengan adanya Solidariti
Mahasiswa Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Mahasiswa
Nasional, Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Gabungan Mahasiswa Se Malaysia,
Gerakan Mahasiswa Mansuh Auku / Akta 174, 1M4U, Aspirasi, Pro Mahasiswa, LMP,
AKSI, GAMUS Uitm, Pembina, PKPIM, KAMI, GPMS Tetapi mendukacitakan yang aktif
dan cakna hanya segelintir mahasiswa sahaja, mungkin boleh buat bacaan hanya 10
% sahaja mahasiswa di Malaysia cakna berkenaan hal-hal Negara dan masyarakat
Malaysia. Tahniah, tetapi itu tidak ditapis lagi, dari 10 % berapa yang membaca
buku-buku ilmiah setiap bulan sekurang-kurangnya sebuah, dari kalangan yang
membaca itu berapa banyak mahasiswa yang menilai secara mendalam tanpa telan
sebegitu sahaja, dari kalangan yang menilai itu berapa banyak yang
mengaplikasikan apa yang mereka belajar dan nilai dalam memberi penerangan
kepada masyarakat seperti menulis dan sebagainya. Akhirnya tinggallah 3 atau 4
% yang betul-betul berkualiti yang menjadi harapan Negara, itu pun kalau pihak
kerajaan pandang, jika tidak bungkus jawabnya. Nak tahu 90 % lagi buat apa? Nah,
ini jawapannya, lagi 90 % mereka makan, tidur dan lepak dan ada yang ke kuliah,
ada pula yang tidak ke kuliah. Hujung minggu ke pasaraya, jalan-jalan berpegang
tangan dengan pasangan pilihan hati, wayang, bowling, membeli-belah,
bersiar-siar menjadi pilihan mereka. Tidak kurang juga yang ke pasar malam,
pasar pagi, pasar petang, pasar borong, jika di rumah apabila di minta oleh
orang tua, tidak mahu pergi pula. Tidak usaha bertanya mengenai nasib rakyat
Palestin atau Mesir, mahupun Negara kita sendiri, mereka tidak tahu, cuba tanya
nasib kekasih hati mereka, itu mereka pandai. Dalam pemikiranya ialah lulus
peperiksaan, dapatkan kerja( gaji nak tinggi-tinggi) beli kereta, beli rumah, kahwin
dan “buat anak”. Lebih malang lagi yang terlibat dengan dadah, jenayah, “romen-romen”
dan sebagainya. Itu kisah mahasiswa, kisah anak muda luar universiti lagi
parah, Contoh paling kelakar beberapa hari lepas, Negara digemparkan kisah anak
muda berebut dan berlaku kekecohan setelah borang rancangan realiti TV iaitu AF
sudah habis. Ditambah pula dengan penambahan mat-mat rempit di jalanan, pengisap
gam di rumah-rumah kosong pencuri motorsikal di flat-flat dan kawasan
perumahan, pengedar dadah di merata tempat, ayam dan itik di kelab-kelab malam
mahupun di tepi jalan dan sebagainya. Meraka inilah pelapis harapan Negara menjelang
tahun 2020. Oh tidak.
Kesimpulannya
Wawasan 2020
yang digariskan oleh Tun Mahathir pada 28
Februari 1991 dengan digariskan 9
cabaran yang perlu dihadapi sangat baik dan idea ini keterhadapan, saya mengaguminya.
Kini berbaki tidak kurang 6 tahun baki untuk mencapai wawasan 2020 dengan
keadaan realiti sekarang, saya berpendapat bahawa, Tun Mahathir perlu
menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk turun ke lapangan bagi membantu anak muda
khususnya dengan idea-idea yang bernas beliau jika beliau ikhlas dalam menggapai
wawasan 2020 ini. Kurangkan untuk kritik mana-mana pihak, tetapi perlu memberi
tumpuan kepada masa yang berbaki ini.